Penyataan Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) telah berkuat kuasa dari November 2013. Dasar dan tatacara Equip mengenai pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda akan dipinda untuk mematuhi PDPA.’

Data peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul dan diproses oleh Equip untuk pangkalan data Equip. Kami menyimpan rekod-rekod pelajar yang dikemaskini dalam pangkalan data kami bagi tujuan publisiti Equip dan kursus-kursus berkenaan, butiran rekod pendaftaran untuk dan bagi pihak para pelajar untuk tujuan kursus. Maklumat yang diberikan pada Borang Pendaftaran Equip anda akan diberikan kepada, antara lain, Kolej Moore, Sydney, bagi tujuan pendaftaran modul. Maklumat yang ditandakan dalam tanda bintang adalah wajib untuk tujuan pendaftaran.’

Sila e-mel info@equip.org.my untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan data pendaftaran anda.

Versi lengkap Notis Perlindungan Data Peribadi Equip boleh didapati disini.