Mengenai Equip

 

Equip Gospel Ministries adalah sebuah pusat latihan teologi “Reformed Evangelical” yang beroperasi di salah satu lokasi paling strategik untuk pendidikan teologi: Malaysia. Equip ditubuhkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan orang Kristian Malaysia dengan tujuan mengembangkan pelayanan Kristian yang berpusatkan Injil di Malaysia dan di luar.

Sejak permulaannya, Equip mempunyai dua matlamat iaitu untuk menambahkan kecelikan alkitab di kalangan gereja-gereja di Malaysia, dan juga merekrut dan melatih pekerja dalam pelayanan injil di kalangan gereja-gereja di Malaysia.

“Misi Equip ialah untuk mempersiapkan orang Kristian untuk pelayanan berpusatkan Injil, dengan gandingan gereja-gereja tempatan, melalui latihan alkitabiah, teologikal, dan kemahiran pelayanan.”

Equip berharap untuk merekrut dan melengkapi semakin ramai pemimpin-pemimpin Kristian untuk melayani umat Tuhan dan dunianya dengan rendah hati dengan komitmen untuk mengajar Firman-Nya dengan setia. Equip bertujuan untuk mengembangkan pemimpin yang mencontohkan pengetahuan dan kasih Tuhan, sebagai pemimpin hamba, pastor yang penyayang dan pengajar yang berbakat.

Melalui pemimpin seperti ini, Equip berharap dapat menggalakkan pertumbuhan Injil di Malaysia:

  • Menggandakan pelayanan di gereja-gereja
  • Menubuhkan gereja-gereja baru yang berpusatkan Injil, dan mereformasikan gereja-gereja yang lama
  • Menerajui pemuridan orang-orang asal di Malaysia Timur; dan
  • Memperlengkapkan orang Kristian di Malaysia untuk menjangkau seluruh negara dengan Injil

Equip ingin mencapai matlamat ini dengan enam aktiviti utama:

1. Sijil Teologi: Sejak permulaannya, Equip telah menggunakan bahan daripada kursus Pengajian Jarak Jauh Moore Theological College untuk menghasilkan bahan pengajaran berkualiti yang alkitabiah dan berpusatkan injil dan tersedia bagi orang Kristian di Malaysia pada harga yang berpatutan. Kursus-kursus ini terkenal oleh kerana kemampuannya untuk membantu para pelajar untuk berhubung dengan Alkitab, teologi dan Sejarah Gereja dan boleh didapati di dalam pelbagai bahasa. Kursus-kursus ini boleh dipelajari di dalam kelas di pelbagai gereja tempatan mahupun melalui pengajian secara persendirian. Pada masa ini, kursus tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia, dengan bahan kursus dalam Bahasa Tamil sedang disediakan.

2. Kursus-Kursus Peringkat Ijazah (Bahasa Inggeris Sahaja): Hasil kerjasama dengan Malaysia Bible Seminary (MBS) dan juga Timothy Partnership (TP), Equip menyediakan latihan di peringkat ijazah yang diiktiraf bagi mereka yang berpotensi untuk menjadi pelayan, penggembala dan pemimpin gereja. Kursus yang sedia ada sekarang termasuklah Diploma Teologi, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kristian, Ijazah Sarjana Pengajian Kristian, Ijazah Sarjana Muda Teologi, Ijazah Sarjana Muda Diviniti, dan Ijazah Sarjana Diviniti.

Kursus ijazah Equip terkenal untuk ketegaran akademik, kesetiaan alkitabiah dan aplikasi praktikal. Kursus-kursus tersebut mendorong pembelajaran dalam masyarakat, supaya perkongsian seumur hidup dapat dibentuk selama masa belajar. Matlamat kami adalah bahawa pada akhir pengajian mereka, para siswa mungkin menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia dan salih, lengkap dengan firman Tuhan untuk memimpin dan mengajar orang lain. Orang-orang seperti itu akan diyakinkan akan kekuasan Alkitab, berkomitmen untuk pemberitaan Injil, dilengkapi untuk eksposisi Alkitab yang setia dan menjalani kehidupan yang salih.

Program ijazah Equip mempunyai potensi untuk memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ramai pelayan sepenuh masa yang berpusatkan injil untuk melayani gereja-gereja di Malaysia.

3. Kursus-kursus Kemahiran Pelayanan: Equip menawarkan kursus latihan kemahiran pelayanan termasuk penginjilan, pemuridan peribadi, pelayanan muzik, pelayanan Sekolah Minggu, pelayanan muda-mudi, memimpin pengajian Alkitab, eksposisi Alkitab dan sebagainya. Sepertimana kursus-kursus Equip yang lain, kursus ini dianjurkan oleh gereja-gereja tempatan untuk gereja setempat.

4. Kursus-Kursus Kauseling Alkitabiah: Equip bekerjasama dengan Christian Counselling Education Foundation untuk mempromosikan kursus-kursus Kaunseling Alkitabiah yang berpusatkan injil dalam talian. Kursus-kursus ini diajarkan dalam talian dalam bentuk video dan audio yang dibentangkan oleh Fakulti CCEF di dalam kelas dalam talian yang boleh diakses dari mana-mana tempat di dunia menggunakan jaringan internet. Tugasan mingguan dan pembacaan bersama dengan pelajar dalam forum dalam talian membolehkan peserta untuk terlibat dalam komuniti dalam talian yang interaktif semasa pembelajaran mereka. Tambahan pula, pelajar akan mempunyai seorang pengajar yang sedia ada dalam talian untuk menyemak kertas mereka dan juga untuk membimbing mereka semasa kursus dijalankan.

5. Persidangan & Seminar: Equip ingin mendorong setiap orang Kristian untuk terus berpusatkan Injil di dalam pelayanan mereka melalui persidangan dan seminar. Equip bekerjasama dengan Klang Valley Bible Conference (KVBC) Trust untuk menganjurkan Klang Valley Pastors’ Seminar (KVPS) secara tahunan bertujuan mendorong pastor, penatua, pekerja-pekerja, perantis dan para pekerja Injil yang lain berpusatkan Injil di dalam pelayanan mereka. Persidangan Impact (USA, UK, AUS) mempersiapkan pelajar menuju ke luar negara untuk melihat masa di luar sebagai peluang untuk berkembang dalam Injil dan melayani Injil. Equip juga kerap mengadakan persidangan dalam pelayanan muzik, pelayanan Sekolah Minggu, dan kaunseling Alkitab.

6. Sumber yang Berpusat pada Injil: Equip ingin menyokong pelajar kami dan gereja mereka melalui penyediaan Sumber yang Berpusat pada Injil. Kedai Buku Dalam Talian kami mempunyai pelbagai buku, CD dan bahan latihan lain. Perpustakaan Equip mengandungi banyak tajuk untuk menyelamatkan pelajar daripada membeli buku mereka sendiri. Saluran YouTube Equip menyediakan sumber video termasuk khutbah dan seminar. Blog Equip menghimpunkan renungan alkitabiah dan aplikasi praktikal untuk mengatasi isu-isu terkini.