Tentang Sijil Teologi Kristian
Sijil Teologi Kristian direka bentuk secara fleksibel, membolehkan para peserta untuk belajar secara individu atau secara berkumpulan dan mengikut tahap kelajuan yang bersesuaian, mengambil peperiksaan pada akhir pengajian yang kemudian akan dikreditkan dalam persijilan mereka. Equip Gospel Ministries (Equip) menyarankan pengajian secara berkumpulan dan menyediakan kumpulan dan pengajar untuk membantu pelajar dalam pelajaran mereka. Bahan pelajaran yang digunakan di dalam Sijil dalam Teologi adalah sebahagian daripada kursus jarak jauh yang mantap dari Moore Theological College di Sydney, Australia yang telah diguna pakai di seluruh dunia.
Di manakah saya harus bermula?
Mulakan dengan Tinjauan Alkitab! Tinjauan Alkitab adalah subjek pertama dalam kursus Sijil Teologi Kristian. Ia memberikan gambaran keseluruhan Alkitab dan petunjuk yang berguna tentang cara memahami tema utamanya.
Siapa yang boleh mengambil kursus ini?
Terbuka kepada semua orang Kristian yang adalah ahli gereja tempatan dan berminat untuk belajar dan memahami firman Tuhan dengan lebih mendalam.
Kaedah Penyampaian Kursus
Setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri. Equip bertujuan untuk menyokong para peserta melalui beberapa kaedah berikut:
- Kelas setempat: Cara pembelajaran terbaik bagi kebanyakan pelajar adalah dengan menghadiri kelas. Gereja-gereja di seluruh Malaysia menjadi tuan rumah bagi kelas-kelas yang diajar oleh pensyarah yang berkelayakan. Setiap tahun, kami menjalankan kelas setempat untuk tiga penggal. Setiap penggal adalah sepanjang 10 minggu.
- Kelas dalam talian: Kelas dalam talian melalui Zoom atau Google Meet. Pautan ke kelas dalam talian Zoom akan dihantar kepada pelajar melalui emel apabila lebih hampir kepada tarikhnya. Pelajar akan dapat mengambil bahagian dan berkomunikasi dengan pengajar dan pelajar lain dalam kelas dalam talian.
- Kelas intensif: Kadang kala, Equip menawarkan kelas intensif selama dua hujung minggu, cth. Jumaat 8pm-10pm dan Sabtu 9am-4pm. Kelas intensif ini juga boleh dikreditkan sebagai satu subjek (jika peperiksaan diambil).
- Pengajian secara persendirian: Semua subjek Sijil juga boleh ditawarkan melalui pengajian secara persendirian. Selain daripada buku teks, pelajar mempunyai akses kepada banyak sumber dalam talian seperti kuiz, lembaran kerja, video, dan audio melalui Equip Online Learning System (EOLS). Ini membolehkan pelajar belajar secara berkesan walaupun mereka tidak dapat menghadiri kelas setempat. Pelajar kelas setempat juga mempunyai akses kepada sumber-sumber dalam talian ini.
Kami menyarankan untuk peserta sepenuh masa dan individu bekerja hanya mengambil satu modul bagi setiap tempoh pelajaran. Sila hubungi pentadbir kursus sekiranya anda ingin mendaftar lebih daripada satu modul dalam satu tempoh pelajaran.
Penggal Pengajian
Penggal 1 | 1 Mac – 30 Mei |
Penggal 2 | 1 Jun – 31 Ogos |
Penggal 3 | 1 September – 30 November |
Kriteria Akademik
Tiada kriteria akademik terdahulu diperlukan namun para peserta harus maklum bahawa tahap akademik kursus ini adalah sepadan dengan STPM dan kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia diperlukan.
Kos (setiap kursus)
Kadar Biasa | Kadar Konsesi/Pendaftaran Semula |
RM 50 | RM 30 |
Kadar konsesi adalah untuk pelajar, pekerja pelayanan Kristian, pesara/orang berpencen, atau orang dewasa yang tidak bekerja sahaja. Sekiranya anda adalah orang dewasa yang bekerja, sila bayar kadar biasa.
Kadar pendaftaran semula adalah untuk pelajar yang pernah mendaftar untuk subjek yang sama. Anda tidak akan menerima buku teks yang baru.
Para pekerja pelayanan Kristian sepenuh masa dan mereka yang mempunyai masalah kewangan boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan konsesi atau biasiswa. Bagi permohonan biasiswa, sila muat turun dan mengisi borang biasiswa sebelum menghubungi kami.
Bayaran Lain
Jenis | Amaun |
Bayaran Perpustakaan | RM 10 (biasa), RM 5 (konsesi) |
Deposit | RM 50 |
Struktur Kursus
Anugerah | Mata Kredit |
Sijil Teologi Kristian | 18 mata kredit |
Sijil Teologi Kristian Awal Equip (PTC) | 6 mata kredit |
Sijil Teologi Kristian Pertengahan Equip (ITC) | 6 mata kredit |
Sijil Teologi Kristian Lanjutan Equip (Th.C) | 6 mata kredit |
Untuk memenuhi kriteria persijilan, anda perlu melengkapkan 6 modul dalam setiap Peringkat Awal, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan. Selepas setiap 6 modul pada Peringkat Awal, anda akan memperoleh Sijil Teologi Awal. Selepas selesai 6 modul seterusnya, anda akan memperoleh Sijil Teologi Pertengahan dan selepas selesai 6 modul seterusnya, anda akan memperolehi Sijil Teologi.
Senarai penuh modul dengan penjelasan tersenarai di bawah.
Kursus-Kursus
Sila rujuk di bawah senarai kursus yang ditawarkan bagi setiap peringkat di dalam Sijil Teologi. Para peserta harus mendaftar untuk kursus “Tinjauan Alkitab” sebelum meneruskan modul yang lain.
Harap maklum bahawa tidak semua modul akan ditawarkan pada setiap tempoh pengajian.
Sijil Teologi Awal | Sijil Teologi Pertengahan | Sijil Teologi Lanjutan |
Tinjauan Alkitab | Sejarah Gereja Awal | Doktrin 3 |
Doktrin 1 | Sejarah Reformasi Gereja | Apologetik |
Perjanjian Baru 1 | Perjanjian Baru 2 | Etika Kristian |
Efesus | Roma | Perjanjian Baru 3 |
Perjanjian Lama 1 | Perjanjian Lama 2 | Perjanjian Baru 4 |
Buku Doa | Doktrin 2 | Yohanes |
Perjanjian Lama 3 |
Peringkat Awal
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
BT111 Tinjauan Alkitab: Tinjuan tentang keseluruhan Alkitab, berserta petunjuk yang berguna mengenai cara memahami tema-tema utama.
CT101 Doktrin 1: Menerokai pengajaran Alkitab tentang Tuhan – bagaimana kita dapat mengenali-Nya, kehendak-Nya, apa yang Dia telah lakukan bagi kita.
NT111 Perjanjian Baru 1: Menerokai tujuan Tuhan dalam mengutus Kristus. Mengenali lebih lanjut tentang Yesus melalui Injil Markus.
NT112 Efesus: Gambaran besar tentang dimensi kebesaran Tuhan dan dunia yang dicipta oleh-Nya. Ia mengajar bagaimana kita harus hidup menurut kehendak Tuhan.
OT111 Perjanjian Lama 1: Apa yang ingin disampaikan di dalam lima buku pertama di dalam Perjanjian Lama berkenaan Tuhan dan tujuan-Nya? Apa yang mengaitkan kelima-limanya secara teologi?
BT121 Pengenapan Perjanjian: Menafsir Alkitab menggunakan kaedah berdasarkan teologi Alkitabiah.
Peringkat Pertengahan
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
CH121 Sejarah Gereja Awal : Melihat kepada perjalanan gereja awal (cabaran, penganiayaan, dan penyatuan) sepanjang tempoh lima abad pertama selepas kematian Yesus.
CH122 Sejarah reformasi Gereja : Reformasi adalah tempoh apabila Injil diterokai semula. Ketahui bagaimana orang Kristian menemui pembebasan yang dibawa oleh Kristus.
CW111 Penyembahan Kristian : Apakah maksud penyembahan menurut Alkitab? Bagaimana penyembahan tersebut diekspresikan?
CW121 Buku Doa : Penerokaan sejarah dan teologi tentang bagaimana dan mengapa Anglikan bersekutu.
NT121 Perjanjian Baru 2: Menjejaki bagaimana kebangkitan Kristus meneruskan pencapaian tujuan Injil-nya melalui peristiwa di dalam kitab Kisah Para Rasul.
NT122 Roma: Kajian ini merungkai pusat kebenaran Injil. Kitab Roma telah mengubah ramai jiwa-malah beberapa daripada mereka telah mengubah sejarah!
OT121 Perjanjian Lama 2: Menjejaki para nabi terdahulu daripada kitab Yosua sehingga 2 Raja-raja.
CT121 Doktrin 2: Siapakah Yesus Kristus? Apakah sifat dosa? Bagaimana kematian Kristus mengalahkan dosa?
Peringkat Lanjutan
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
CT131 Doktrin 3: Unit ini menerokai sifat dan tujuan gereja.
ET131 Apologetik : Bagaimana kita menjawab soalan-soalan daripada orang tentang Kristian? Unit ini menyenaraikan garis panduan mengenai bagaimana untuk membentuk pendekatan alkitabiah yang kukuh.
ET132 Etika Kristian: Apakah sifat etika dan moral? Bagaimana kita membentuk etika Kristian?
NT131 Perjanjian Baru 3: Bagaimana Rasul Paulus melayani? Ikuti perjalanannya melalui penulisan Paulus untuk maklumat lanjut.
NT141 Perjanjian Baru 4: Tinjauan tentang surat-surat bukan ditulis oleh Paulus dengan fokus khusus pada buku Ibrani dan Wahyu.
NT142 Yohanes: Bagaimana Injil dan surat-surat Yohanes memberi kesaksian tentang kehidupan dan pelayanan Yesus?
OT131 Perjanjian Lama 3: Unit ini melihat para nabi-nabi terakhir perjanjian lama dengan fokus khusus kepada kitab Yesaya.
OT141 Perjanjian Lama 4: Fokus pada unit ini adalah tentang penulisan dengan pandangan khusus pada sifat hikmat kesusasteraan dalam Perjanjian Lama.
Bagaimana saya boleh mengendalikan kursus ini?
Sekiranya anda berminat untuk mengendalikan kursus Persijilan ini di gereja anda, sila klik di sini [Link to form to host course – need to create**] untuk borang pendaftaran.
Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk mempelajari kursus ini, sila lengkapkan borang permohonan ini. Setelah permohonan anda diterima, kami akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai cara mendaftar subjek pertama anda.