Rakan Kongsi

Malaysia Bible Seminary

Equip bekerjasama dengan Malaysia Bible Seminary untuk menyediakan kursus-kursus peringkat ijazah yang diiktiraf di Malaysia.

Malaysia Bible Seminary (MBS) ialah sebuah seminari yang evangelikal dan antaradenominasi bertujuan untuk memperlengkapkan lelaki dan wanita untuk melayani Tuhan dan Gereja-Nya. Ia bertujuan untuk memenuhi komitmennya melalui pendidikan alkitabiah dan teologikal, pelayanan dan perkembangan professional, dan pembentukan peribadi dan rohani. MBS berusaha untuk kecemerlangan di dalam pelayanan kepada Yesus Kristus, di bawah autoriti Alkitab, pimpinan dan kuasa Roh Kudus, untuk kemuliaan Tuhan Bapa.

MBS yang dwibahasa sekarang telah ditubuhkan pada tahun 1978 melalui penggabungan Pusat Latihan Kristian Melaka (PLKM) yang berbahasa Inggeris, dan MBS yang berbahasa Cina. Seminari ini mempunyai dua jabatan, Bahasa Inggeris dan Cina, di bawah tadbir urus satu majlis dan pentadbiran. Setiap bahasa diiktiraf sebagai berbeza dan oleh itu, setiap jabatan bergerak sendiri dalam falsafah pendidikan dan pendekatannya demi keberkesanan jabatan masing-masing.

Misi MBS adalah:

  • Untuk memupuk pekerja untuk pelayanan pastoral, penginjilan, dan pelayanan Kristiani yang lain dalam gereja lokal dan antarabangsa, lalu mempromosikan kegerakan evangelikal dan penubuhan gereja-gereja Kristian.
  • Untuk mengembangkan kerajaan Tuhan di semua tempat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Bible Seminary, lawati mbs.org.my.

 Christian Counselling Education Foundation

Equip bekerjasama dengan Christian Counselling Education Foundation untuk menyediakan kursus-kursus Kaunseling Alkitabiah berpusatkan injil dalam talian di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Christian Counselling Education Foundation (CCEF) ialah satu pelayanan kaunseling dan pendidikan Kristian yang terletak di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1968, CCEF menawarkan kursus-kursus sijil Kauseling Alkitabiah dalam talian untuk sesiapa yang ingin bertumbuh dalam hikmat alkitabiah dan diperlengkapkan dengan lebih lagi untuk pelayanan. Kursus-kursus ini diajarkan secara dalam talian menggunakan video dan audio yang menarik oleh ahli Fakulti CCEF di dalam kelas-kelas dalam talian kami, yang boleh diakses dari mana-mana sahaja di dalam dunia yang mempunyai jaringan internet. Tugasan dan bacaan mingguan bersama dengan pelajar dalam forum pelajar dalam talian membolehkan para peserta untuk mempunyai komuniti dalam talian yang interaktif semasa pengajian mereka. Tambahan pula, para pelajar mempunyai pengajar yang yang boleh didapati dalam talian untuk menyemak kertas-kertas dan menyokong mereka sepanjang kursus itu.

Misi CCEF adalah:

  • Untuk mengembalikan Kristus ke dalam kaunseling dan kaunseling kepada gereja melalui pemikiran yang alkitabiah mengenai isu-isu kehidupan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Christian Counselling Education Foundation, lawati ccef.org.

 Klang Valley Bible Conference

Equip bekerjasama dengan KVBC Trust untuk menganjurkan acara tahunan Klang Valley Pastors Seminar.

Klang Valley Bible Conference (KVBC) Trust (dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Christian Conference) ditubuhkan pada tahun 1997 dengan satu tujuan: untuk menggalakkan kekudusan melalui ekposisi pengajaran Alkitab.

Pada tahun 1999, KVBC Trust bersama dengan Evangel Book Centre menganjurkan Klang Valley Bible Conference (KVBC) yang pertama. Sejak itu, konferensi ini telah menjadi platform tahunan untuk eksposisi Alkitab yang setia, menampilkan para pelayan Firman yang terkemuka daripada seluruh dunia seperti D.A. Carson, David Cook, David Jackman, Bryan Chapell, Michael Raiter, dan John Woodhouse. Expository Preaching Seminar (EPS) kemudiannya diperkenalkan bersempena dengan konferensi tahunan ini bertujuan untuk memperlengkapkan lagi para pastor, pengkhutbah dan pemimpin di dalam pelayanan pengajaran mereka. EPS bertujuan untuk menggalakkan dan mengutuhkan para pemimpin Kristian dalam aspek khutbah eksposisi. Pelayanan ini sudah berkembang ke Ipoh (Ipoh Bible Conference and Expository Preaching Seminars) dan Pulau Pinang (Penang Bible Conference and Expository Preaching Seminars)

KVBC Trust boleh dikategorikan di bawah tiga kategori:

  • KVBC Conference: Konferensi Alkitab dan seminar latihan bercirikan komitmen untuk menerangkan seluruh Alkitab berdasarkan injil Yesus Kristus.
  • The Centre for Expository Preaching, CEP: Kursus khutbah, seminar dan kumpulan-kumpulan khutbah untuk membantu para pengamal untuk menajamkan kemahiran mengendalikan Alkitab dan berkhutbah.
  • KVBC NextGen: NextGen memberikan tumpuan kepada para pemimpin belia untuk memperlengkapkan mereka dalam menjalani kehidupan Kristian, mengajar injil, dan membangkitkan para pemimpin generasi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai KVBC Trust, lawati kvbctrust.org 

Moore Theological College

Equip bekerjasama dengan Moore Theological College  di Sydney, Australia untuk menawarkan Sijil Teologi. Sejak 1856, Moore College telah menawarkan latihan teologi yang mendalam untuk memperlengkapkan lelaki dan wanita seteliti dan seefektif yang boleh untuk pelayan dan misi Kristian. Satu ciri teologi Moore yang berlandaskan Reformasi dan evangelikal ialah menitikberatkan teologi Alkitabiah, yang antara lain membantu kita untuk menanggapi bahawa Alkitab itu adalah berpusatkan kepada keperibadian Tuhan Yesus Kristus. Selama lebih 70 tahun Moore College telah menghasilkan kandungan untuk kegunaan kursus-kursus Pendidikan Jarak Jauh berdasarkan teologi ini – di mana kandungannya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan digunakan di seluruh dunia.

Equip ialah rakan kongsi rasmi Moore untuk mengajarkan kandungan Pendidikan Jarah Jauh yang berkualiti tinggi di Semenanjung Malaysia dan kami menggunakan kandungan ini sebagai asas kepada Sijil Teologi kami. Sijil Teologi Equip membolehkan para pelajar untuk belajar secara individu atau berkumpulan dan menurut tahap mereka sendiri, menduduki peperiksaan pada penghujung tempoh yang akan dikreditkan kepada Sijil mereka. Equip mengesyorkan untuk belajar di dalam kumpulan dan ia menyediakan kumpulan-kumpulan dan para guru untuk membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya di dalam kursus ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Moore Theological College, lawati moore.edu.au.

Timothy Partnership


Equip bekerjasama dengan Timothy Partnership untuk menawarkan kursus-kursus dalam talian di peringkat diploma untuk para pelajar di Malaysia, diiktiraf oleh Australian College of Theology.
 

Timothy Partnership ialah satu kerjasama di antara Anglican Youthworks College Sydney dan Presbyterian Youth NSW, Australia, dua penyedia pendidikan yang berpengalaman dan boleh dipercayai yang berdedikasi untuk memperlengkapkan orang untuk mengikuti Yesus dan melayani Tuhan di dalam gereja mereka, komuniti atau di luar negara. Ia telah menawarkan kursus-kursus di peringkat Diploma sejak 2010. 

Kursus-kursus Timothy Partnership ditulis dan diajarkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang mereka (cth: Dr. Bill Salier, Dr. Peter Moore, Dr. Janson Condren, Dr. Andrew Shead), yang bekerja antaradenominasi.

Timothy Partnership percaya bahawa latihan praktikal dan teologikal tidak seharusnya dihadkan kepada mereka yang boleh belajar sepenuh masa di kampus sahaja. Setiap orang Kristian sepatutnya mempunyai akses untuk pembelajaran yang boleh memperlengkapkan mereka untuk melayani Tuhan di gereja lokal mereja dan juga komuniti.

Impian Timothy Partnership ialah untuk melihat setiap orang Kristian di mana-mana jua dalam pelbagai pelayanan, berkeyakinan dan dilengkapi untuk membawa orang lain lebih dekat kepada Kristus.

Untuk maklumat lanjut mengenai Timothy Partnership, lawati timothypartnership.com.au.