Derma
Terdapat suatu keperluan yang amat besar bagi kefahaman Alkitab dan teologi di Malaysia dan kami amat berterima kasih kepada Tuhan kerana berpeluang memberikan itu dengan sokongan orang-orang Kristian. Dengan rahmat Tuhan kami telah berkembang selama bertahun-tahun dalam bilangan pelajar, acara-acara latihan Injil dan sumber-sumber.
Visi kami adalah untuk mengenalpasti dan melatih generasi pemimpin yang boleh mengembangkan pelayanan dalam gereja-gereja, menanam pelayanan baru berpusatkan Injil dan membaharui pelayanan lama, menerajui pemuridan(discipleship) dalam masyarakat orang asli Malaysia Timur dan menyampaikan Injil di negara ini.
Dalam usaha kami untuk memperbaiki dan memperluaskan, kami sedang mencari untuk mengumpulkan RM370, 000 pada 2020.
Jika anda dan gereja anda telah mendapat manfaat dan telah digalakkan oleh pekerjaan menginjil yang kami lakukan di Equip, sila pertimbangkan untuk melakukan derma bulanan atau bercakap kepada orang lain yang mampu dari segi kewangan untuk menjadi rakan kongsi dengan kami. Setiap sumbangan bermanfaat.
Memberi kepada dana am membantu kami membiayai projek yang ada keperluan serta-merta.
