Staf

Daniel Chow
Pengurus Operasi
Perjalanan Kristian Daniel bermula ketika dia berumur 6 tahun. Ibu saudaranya yang merupakan satu-satunya penganut Kristian dalam keluarganya pada ketika itu amat bersemangat untuk Daniel dan adik-beradiknya untuk membesar mengenali Yesus dan telah meyakinkan ibu bapanya untuk menghantar mereka ke Sekolah Mingguan untuk belajar Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, selama 6 tahun, dia tidak pernah menikmati masanya di Sekolah Mingguan kerana dia menghadapi kesukaran untuk mengikuti pengajaran. Ini mula berubah apabila dia mula menyertai Kumpulan Muda-mudi. Selain merasakan kemesraan daripada saudara-saudari yang lebih tua di sana, pengajaran lebih masuk akal kepadanya. Pada tahun yang sama, pada 1 April 1997, Daniel menyerahkan hidupnya kepada Yesus setelah menyedari betapa serius dosa-dosanya dan mengakui bahawa dia hanya boleh diselamatkan dengan mempercayai kematian Yesus untuk dosa-dosanya dan kebangkitan-Nya. Daniel bersama-sama isterinya, Marianne melayani di gereja mereka, St. Mary’s Cathedral dan kedua-duanya terlibat dalam kerja-kerja kebajikan di kalangan orang pelarian.
Daniel berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri dari Universiti Teknologi Malaysia. Dia menyertai Equip dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang Perakaunan dan Kewangan, terutamanya dalam perkhidmatan bersama dan persekitaran penyumberan luar proses perniagaan dalam pengaturan multinasional. Melalui Equip, dia menyedari bahawa pelajaran teologi berstruktur adalah penting untuk pertumbuhan dan pelayanan Kristian. Dia tidak sabar-sabar untuk melayani dan menggalakkan umat Tuhan melalui pelayanan ini dalam peranannya sebagai Pengurus Operasi yang menjaga operasi harian pelayanan.

Staphanie Mun
Kurus-kursus Sijil
Staphanie mengenali Kristus pada umur 6, terima kasih atas keberanian guru baletnya yang menghantar semua kanak-kanak ke Sekolah Minggu selepas kelas balet setiap minggu. Walaupun dia mendengar cerita-cerita tentang Yesus pada masa itu, namun hanya semasa di pengajian tinggi barulah dia mengalami kasih kurnia Tuhan dan menerima Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya. Kehidupannya tidak sama sejak itu, hidup dengan penuh kasih kurnia.
Staphanie menamatkan pengajian di University of Strathcylde dengan Sarjana Farmasi. Dia berkahwin dengan seorang usahawan dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Dia memimpin bersama pelayanan ibu di gerejanya, dengan keinginan untuk mengasihi, menyokong, dan mencurahkan Firman Tuhan kepada wanita-wanita lain yang berusaha untuk menjadi wanita yang takut akan Tuhan, isteri dan ibu yang penyayang, dan pengikut Yesus yang bersemangat. Perkara-perkara yang Staphanie suka melebihi semua ialah mendalami Firman Tuhan, keluarganya dan hobi seperti mengajar anak-anak di rumah, muzik klasikal, dan kehidupan yang sihat.
Peranan Staphanie adalah untuk membantu Pegawai Pentadbiran dengan kursus-kursus peringkat Sijil Equip. Dia sangat bersyukur dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Equip, dengan misinya untuk meningkatkan kefaham alkitabiah dan memperlengkapkan orang-orang Kristian di dalam segala bidang di mana Tuhan telah menempatkan mereka.

Lim Yi Wen
Penolong Pentadbiran
Dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Yi Wen membesar di dalam keluarga Kristian dan percaya kepada Yesus sebgai penyelamatnya tetapi tidak memahami sepenuhnya betapa beratnya injil sehingga masanya di university di KL. Pada masa itulah dia menyedari kepentingan khutbah dan pengajaran alkitabiah yang kukuh dalam membantu orang Kristian mengetahui dan mengasihi Yesus.
Yi Wen lulus dari University of London dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, tetapi berpindah pulang ke Ipoh pada tahun 2014 untuk bekerja sebagai seorang kurator dan pengurus restoran di sebuah galeri warisan yang kecil. Dia mempunyai hasrat untuk melihat belia-belia di Ipoh dilengkapi dengan Firman Tuhan sebelum meninggalkan halaman kampung untuk pergi ke universiti. Pada masa lapangnya, dia suka memasak untuk rakan-rakan dan keluarga, serta mendaki dan memancing.
Yi Wen berperanan menguruskan latihan (termasuk kursus, seminar dan persidangan) di utara Semenanjung Malaysia (termasuk negeri Perak & Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya). Dia juga terlibat dalam melatih wanita, belia, dan kanak-kanak, menyelia latihan Kaunseling Alkitabiah dan Pelayanan Muzik, dan kerja-kerja sokongan pentadbiran yang lain.

Aaron Liu
Pegawai Teknologi Maklumat
Aaron dilahirkan di Brunei dan membesar di Sarawak sebagai anak seorang pastor. Injil tidak lebih sebagai satu cerita ulangan buatnya sehinggalah injil itu sekali lagi didengari melalui persembahan injil ‘Two Ways to Live’ semasa orientasi di sebuah universiti di Australia. Injil dan kasih kurnia Tuhan tidak boleh diremehkan dan dielakkan. Oleh sebab itu, dia sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Equip dalam memperlengkapkan orang Kristian di Malaysia dengan injil Yesus yang mentransformasikan.
Dia menyelia operasi teknologi maklumat Equip. Dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer daripada University of Wollongong dan ijazah Sarjana Diviniti daripada Reformed Theological Seminary.
Semasa membantu Equip, dia juga ialah perunding perisian dan pembangun yang membantu perniagaan dan organisasi untuk mengautomasikan aliran kerja mereka. Dia juga menghadiri dan merupakan salah seorang pemimpin pelayanan muda-mudi di International Church @ Mont Kiara.

Oliver Wong
Pelatih Daerah (Lembah Klang)
Oleh kasih Tuhan, Oliver diselamatkan pada awal belasan tahun. Oleh kerana terbeban untuk melihat orang mengenali Kristus, dia belajar Misiologi di Malaysia Baptist Theological Seminary di Pulau Pinang dari 2011-2013. Semenjak itu, Oliver pernah melayani di gereja-gereja di Sibu, Miri dan Pulau Pinang secara sukarela dan pelayanan sepenuh masa. Dia pernah melayani sebagai chaplain untuk Sekolah Methodist Wesley dan pernah terlibat dalam misi rentas budaya di Jepun dan India.
Sejak 2016, Oliver berpusat di Kuala Lumpur, berkhutbah di beberapa gereja, memimpin kelompok kecil belia dan orang Kristian dewasa, dan juga terlibat dengan kerja-kerja injil merentas denominasi.
Oliver telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki. Pada masa lapangnya dia gemar menikmati kopi, menonton filem, membaca tentang teologi dan apologetika, bertemu rakan-rakan, dan meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak.

Nick Gonyea
Pelatih (Lembah Klang)
Nick berasal dari Kawasan Nashville, Tennessee di Amerika Syarikat dan mengenali Kristus pada usia 23 tahun. Berikutan itu, dia meninggalkan AS untuk melayan di gereja di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada masa yang sama, dia menerima M.Div. dari Southeastern Baptist Theological Seminary pada Mei 2018 semasa melayan sebagai pemimpin pelayanan muda-mudi di Internation Church at Mon’t Kiara (2014 – 2017). Dia kemudiannya melayan sebagai ahli pasukan khutbah dan pengajaran di Gospel City Church KL (2017 – sekarang). Selain daripada semangatnya untuk firman Tuhan, Nick suka bersenam, membincangkan teologi, menonton filem, dan meluangkan masa berkualiti dengan rakan-rakan, keluarga, dan isterinya, Lillian.
Di Equip, Nick menyelia program Diploma/Ijazah dan mengajar kursus-kursus Sijil Teologi. Tujuan Nick di Equip adalah untuk meningkatkan kecelikan alkitabiah dan teologi di Malaysia dan membantu melatih generasi pemimpin gereja Malaysia yang akan datang.