SIJIL TEOLOGI KRISTIAN
Tentang kursus
Bahan pelajaran yang digunakan di dalam Sijil dalam Teologi adalah sebahagian daripada kursus jarak jauh yang mantap dari Moore Theological College di Sydney, Australia yang telah diguna pakai di seluruh dunia. Kursus ini direka bentuk secara fleksibel, membolehkan para peserta untuk belajar secara individu atau secara berkumpulan dan mengikut tahap kelajuan yang bersesuaian, mengambil peperiksaan pada akhir pengajian yang kemudian akan dikreditkan dalam persijilan mereka.
Siapa yang boleh mengambil kursus ini?
Terbuka kepada semua orang Kristian yang adalah ahli gereja tempatan dan berminat untuk belajar dan memahami firman Tuhan dengan lebih mendalam.
Kursus Kajian
Setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri. Equip bertujuan untuk menyokong para peserta melalui beberapa kaedah berikut:
- Kelas pengajaran: Kelas ini boleh didapati untuk satu modul dari Peringkat Awal dan Peringkat Pertengahan sepanjang tempoh pengajian 1, 2 dan 3 setiap tahun. Harap maklum bahawa para peserta tidak dibenarkan untuk mengaudit kelas-kelas yang diadakan.
- Penyelidikan persendirian: Para peserta yang mengambil penyelidikan persendirian untuk sesuatu modul akan dibantu oleh seorang mentor yang mereka boleh hubungi sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami menyarankan untuk peserta sepenuh masa dan individu bekerja hanya mengambil satu modul bagi setiap tempoh pelajaran. Sila hubungi pentadbir kursus sekiranya anda ingin mendaftar lebih daripada satu modul dalam satu tempoh pelajaran.
Kriteria Akademik
Tiada kriteria akademik terdahulu diperlukan namun para peserta harus maklum bahawa tahap akademik kursus ini adalah sepadan dengan STPM dan kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia diperlukan.
Tarikh Tempoh Pengajian
Tempoh 1 | – | Mac hingga Mei |
Tempoh 2 | – | Jun hingga Ogos |
Tempoh 3 | – | September hingga November |
Tempoh 4 | – | Disember hingga Februari |
Kos (setiap kursus)
Kadar Biasa
Sekiranya anda seorang dewasa bekerja, anda harus membayar kadar biasa. |
– | RM50 |
Kadar Konsesi
Termasuk peserta yang sudah pencen, tidak bekerja, peserta sepenuh masa |
– | RM30 |
Pendaftaran semula Hanya bagi peserta yang pernah mendaftar bagi kursus tersebut sebelum ini. Harap maklum anda tidak akan menerima buku teks yang disediakan. |
– | RM30 |
Para pekerja Kristian sepenuh masa dan bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan konsesi atau biasiswa. Bagi permohonan biasiswa, sila muat turun dan mengisi borang biasiswa sebelum menghubungi kami.
Bayaran Lain
Jenis |
Amaun |
Bayaran Perpustakaan |
RM10 (biasa), RM5 (konsesi) |
Simpanan |
RM50 |
Struktur Kursus
Sijil Teologi | 18 Mata Kredit |
Sijil Teologi Awal | 6 mata kredit
+ |
Sijil Teologi Pertengahan | 6 mata kredit
+ |
Sijil Teologi | 6 mata kredit
|
Untuk memenuhi kriteria persijilan, anda akan menjalani 6 modul dalam setiap Peringkat Awal, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan. Selepas setiap 6 modul pada Peringkat Awal, anda akan mendapat Sijil Teologi Awal. Selepas selesai 6 modul seterusnya, anda akan memperoleh Sijil Teologi Pertengahan dan selepas selesai 6 modul seterusnya, anda akan memperolehi Sijil Teologi.
Senarai penuh modul dengan penjelasan kini sedia untuk dibaca.
Kursus-Kursus
Sila rujuk dibawah senarai kursus yang ditawarkan bagi setiap peringkat di dalam Sijil Teologi. Para peserta harus mendaftar untuk kursus “Tinjauan Alkitab” sebelum meneruskan modul yang lain.
Harap maklum bahawa tidak semua modul akan ditawarkan pada setiap tempoh pengajian.
Sijil Teologi Awal | Sijil Teologi Pertengahan | Sijil Teologi Lanjutan |
Tinjauan Alkitab | Sejarah Gereja Awal | Doctrin 3 |
Doctrin 1 | Sejarah Reformasi Gereja | Apologetik |
Perjanjian Baru 1 | Penyembahan Kristian | Etika Kristian |
Efesus | Buku Doa | Perjanjian Baru 3 |
Perjanjian Lama 1 | Perjanjian Baru 2 | Perjanjian Baru 4 |
Pengenapan Perjanjian | Roma | Yohanes |
Perjanjian Lama 2 | Perjanjian Lama 3 | |
Doctrin 2 | Perjanjian Lama 4 |
Peringkat Awal
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
BT111 Tinjauan Alkitab: Tinjuan tentang keseluruhan Alkitab, berserta petunjuk yang berguna mengenai cara memahami tema-tema utama.
CT101 Doktrin 1: Menerokai pengajaran Alkitab tentang Tuhan – bagaimana kita dapat mengenali-Nya, kehendak-Nya, apa yang Dia telah lakukan bagi kita.
NT111 Perjanjian Baru 1: Menerokai tujuan Tuhan dalam mengutus Kristus. Mengenali lebih lanjut tentang Yesus melalui Injil Markus.
NT112 Efesus: Gambaran besar tentang dimensi kebesaran Tuhan dan dunia yang dicipta oleh-Nya. Ia mengajar bagaimana kita harus hidup menurut kehendak Tuhan.
OT111 Perjanjian Lama 1: Apa yang ingin disampaikan di dalam lima buku pertama di dalam Perjanjian Lama berkenaan Tuhan dan tujuan-Nya? Apa yang mengaitkan kelima-limanya secara teologi?
BT121 Pengenapan Perjanjian: Menafsir Alkitab menggunakan kaedah berdasarkan teologi Alkitabiah.
Peringkat Pertengahan
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
CH121 Sejarah Gereja Awal : Melihat kepada perjalanan gereja awal (cabaran, penganiayaan, dan penyatuan) sepanjang tempoh lima abad pertama selepas kematian Yesus.
CH122 Sejarah reformasi Gereja : Reformasi adalah tempoh apabila Injil diterokai semula. Ketahui bagaimana orang Kristian menemui pembebasan yang dibawa oleh Kristus.
CW111 Penyembahan Kristian : Apakah maksud penyembahan menurut Alkitab? Bagaimana penyembahan tersebut diekspresikan?
CW121 Buku Doa : Penerokaan sejarah dan teologi tentang bagaimana dan mengapa Anglikan bersekutu.
NT121 Perjanjian Baru 2: Menjejaki bagaimana kebangkitan Kristus meneruskan pencapaian tujuan Injil-nya melalui peristiwa di dalam kitab Kisah Para Rasul.
NT122 Roma: Kajian ini merungkai pusat kebenaran Injil. Kitab Roma telah mengubah ramai jiwa-malah beberapa daripada mereka telah mengubah sejarah!
OT121 Perjanjian Lama 2: Menjejaki para nabi terdahulu daripada kitab Yosua sehingga 2 Raja-raja.
CT121 Doktrin 2: Siapakah Yesus Kristus? Apakah sifat dosa? Bagaimana kematian Kristus mengalahkan dosa?
Peringkat Lanjutan
(Pilih 6 subjek daripada senarai berikut)
CT131 Doktrin 3: Unit ini menerokai sifat dan tujuan gereja.
ET131 Apologetik : Bagaimana kita menjawab soalan-soalan daripada orang tentang Kristian? Unit ini menyenaraikan garis panduan mengenai bagaimana untuk membentuk pendekatan alkitabiah yang kukuh.
ET132 Etika Kristian: Apakah sifat etika dan moral? Bagaimana kita membentuk etika Kristian?
NT131 Perjanjian Baru 3: Bagaimana Rasul Paulus melayani? Ikuti perjalanannya melalui penulisan Paulus untuk maklumat lanjut.
NT141 Perjanjian Baru 4: Tinjauan tentang surat-surat bukan ditulis oleh Paulus dengan fokus khusus pada buku Ibrani dan Wahyu.
NT142 Yohanes: Bagaimana Injil dan surat-surat Yohanes memberi kesaksian tentang kehidupan dan pelayanan Yesus?
OT131 Perjanjian Lama 3: Unit ini melihat para nabi-nabi terakhir perjanjian lama dengan fokus khusus kepada kitab Yesaya.
OT141 Perjanjian Lama 4: Fokus pada unit ini adalah tentang penulisan dengan pandangan khusus pada sifat hikmat kesusasteraan dalam Perjanjian Lama.
Bagaimana saya boleh mengendalikan kursus ini?
Sekiranya anda berminat untuk mengendalikan kursus Persijilan ini di gereja anda, sila klik di sini [Link to form to host course – need to create**] untuk borang pendaftaran.
Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk mempelajari kursus ini, sila lengkapkan borang permohonan ini. Setelah permohonan anda diterima, kami akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai cara mendaftar subjek pertama anda.