Ucapan syukur kepada Tuhan kerana adanya pelajaran Equip Gospel Ministries dalam Bahasa Malaysia dan juga berterima kasih kepada barisan pengajar di St Mary’s Cathedral KL yang berilmu, telah memudahkan saya secara peribadi memahami pelajaran dengan lebih mudah dan mengukuhkan iman kepada Yesus Kristus. Kelas diadakan secara interaktif di mana kami diberi peluang untuk berbincang topik pelajaran berlandaskan bukti-bukti Alkitab. Bermula dengan pelajaran Tinjauan Alkitab (Bible Overview), ia telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk mengikuti kelas-kelas yang akan datang.

Mitchel Linang Kiew